Friday, December 31, 2010

# t'ubat rindu di hati #

Hoorreeyyyy!!!! Arini cuti..ya be da be du..(eyh, aq plk yg over excited)..mcm la aq ni b'tugas..pd hal dh 2 mggu aq m'lepak kt umh..hehe..saje nk tumpg gmbira ats k'menangn M'lysia dlm p'lawanan bola sepak Piala AFF Suzuki..blum t'lmbt rse nyer utk aq ucapkan jutaan thniah kpd skuad bola sepak negara krna telah m'harumkan nme M'lysia..syabassss!!!!

Sbnr nyer bkn itu yg aq nk kongsikn utk mlm ni..huhu..M'mndangkn arini PM dh bg cuti smpena k'mnangn M'lysia plus abah pun x kje, jadi abh ajk aq utk ziarah kubur arwah atuk..(hmm, that's da good idea sbb nyer aq pun dh lme x ziarah kubur atuk..rindu plk rse..)

Smpi kt kubur arwah atuk, aq tlg bersihkn ape yg ptut..sdekahkn Al-Fatihah..t'tbe rse rindu yg t'amat sgt ngn arwah atuk..sob..sob..sob..:-( klo la arwah atuk msih ade kn best..tp aq tau Tuhan lbih sygkn die..dan aq redha akan pemergian nyer..smoga die d'tmptkan di tmpt org-org yg soleh..aminnn....

Diam-diam dh msuk 3 tahun arwah m'ngglkan kami semua krna disahkn kanser tulang..21 september 2007 b'samaan dgn 9 ramadhan 1428 adelah satu tarikh yg aq akn igt smpi bile-bile..Aq akui, wktu tu aq d'beri ujian oleh Allah krna pemergian nyer, insan yg sgt aq sygi after my family..Aq yg masih skola plus ngn SPM yg bakal aq hadapi ketika itu m'buatkn aq hmpir-hmpir tewas..Alhmdllh..mk, abh n along sentiasa berada di sisi m'beri sokongn..thanks a lot to them...

Ape yg aq kesalkn ialah x dpt jumpe arwah buat kali t'akhir dan turut serta utk mnguruskan jenazah..tp mgkin sume tu dh t'tulis..aq sbg hamba Nya redha akan sume tu.."Ya Allah Kau ampunilah sgala dosa-dosa arwah atuk ku..Kau terimalah sgla amal ibadat nyer..Kau tmptkan lah die di tmpt org-org yg soleh dan b'iman..Kau jauhi lah siksaan kubur buat nyer..Kau lapangkn lah kubur nyer..serta Kau lindungi nyer lah di alam sana..Sesungguhnyer aq t'lalu m'nyayangi nyer dan sesungguh nyer juga Kau lah Maha Pengampun lg Maha Mengasihani"

Thursday, December 30, 2010

# kisAh kitA #

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Satu cita-cita
Mimpi dan harapan
Selalu bersama
Dalam satu rasa
Rindukan selalu membayangi kita
Menjalani waktu
Dengan kisah kita

Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspreksikan dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dengan mimpiku
Ini kisah kita

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

artis : Stacy

# biArkAn Aku jAtuh cintA #

Tatap ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakan jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup di dalam hidupku
Rasa ini tulus padamu
Dan kan ku biarkan sampai aku mati

reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona pada pandangan saat kita jumpa
Biarkan aku kan mencoba
Tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak

Tatap ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakan jantungmu

artis : ST12

# bosan dAn bosan #

Salam sume..wats up..wats up..raDh here for diz tyme..hehe..( dh x betul agk nyer aq ni)..actually, xtau dh nk buat ape ptg2 cm ni plus ngn bosan yg tahap gaban..Memandangkn mC yg aq dpt utk 2 mggu ats sbb2 yg x dpt dielakkn, rse mcm lme plk mse b'lalu..Bkn kate x seronok dduk kt umh tp msalah nyer bosan yg melanda..

Hurm, ble dh bosan mule laa aq buat bnde yg jarang atau x pernah aq buat sblum ni..klo sblum ni bnde tulah yg jarang sgt aq buat apatah lg suke..dlu wktu tyme skola pstu zaman kolej..ramai di kalangn kwn2 aq yg minat ngn bnde tue..ade gk yg cube tarik aq utk ke arah itu tp woooo....dats not me..hehe..

Org kate x kenal maka x cinta..mcm tulah jgk aq..aq yg dulu nyer x minat, kini aq mula t'tarik dgn nye..sume ni gara-gara novel LAGENDA BUDAK SETAN..sad ending but still have a nice n good plot story nggheeeeee....+++++++....


Berkisar tntg, Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.


Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak..

Tuesday, December 28, 2010

# renungan bersama #

Malaikat Kecil Menyampai Risalah Jalan-jalan Ke Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
"Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


INDAHNYA HIDUP DENGAN ISLAM..
Semaikan islam dihati,
Tanamkan iman nan suci,
Bajai taqwa setiap hari,
Berbuahlah bahagia hakiki


# lunch dishes #

Ptg2 mcm ni dduk umh bosn gk ea?? sbb nyer xtau nk buat ape..mkn dh..smyg dh..kms umh dh..nk tgk tv?? hmm, xde cte yg menarik di hati..huhu..so, lngkh t'akhr bkk laptop then tulis blog..lg bgus dan t'isi la ckt mase yg ade ni..

Hah, memandangkn arini mak xde kt umah sbb g b'tugas kt skola, jam pun dh menunjukkn wktu utk mkn tghri, maka dgn b'bekalkn kepakaran yg sedikit di dada dan pengetahuan yg cetek di kepala, aq melangkah penuh keyakinan ke dapur..nk tau ape yg aq buat di dapur??? tp, ade ker org berenang atau bercucuk tanam kt dapur selaen memasak??? hahaha..msti xde kn??

Sbnrnye tulah yg aq buat td kt dapur..masak utk mkn tghri..frst2, serabut kpla otak fkir nk msk ape tp ble tgk ade ikan kembung ngn sayur peria, trus dpt idea..jeng..jeng..jeng..

Lngkh seterus nyer, ape lg..potong segala mak nenek..eyh!!!! mksud aq ingredient utk msk..hehe..dh siap sume bahan, aq mula b'aksi menggunakan kuali dan sudip..masuk ape yg patut..dh siap 2 jenis lauk utk mkn tghri..ikan kembung msk asam ngn sayur peria goreng..hahaha..xtau laa ape rse nyer nnt..

Siap semuanyer, aq pnggil abh ngn along utk mkn..tgk dieorg mkn selamba jer..(dlm hati, sedap ker??) x lme lps tu, bru jer aq nk bngun dr meja mkn t'tbe dgr "errrrkkkkkkkkkkkkk..knyg"..ble aq pndg rupe nyer abh yg b'sendawa..hehe..

So, mkne nye aq dh b'jaye msk mkn tghri utk arini..Simple but delicious..hurm, yummy..yummy..

Monday, December 27, 2010

# mY beloved family #

Hai..slmt mlm sume..arini rse nyer nk mgadu nsib ckt kt blog mlm ni..huh!!! xtau dh nk buat cm mne lg ngn pendrive aq ni..Abs sume data, gmbr2 knangn hlg..syg tuuu...tp nk buat cm mne..dh try gne software Recover My Files pun still xbleh lg..tp knpe kwn aq buat bleh plk??? ker aq yg x reti nk gune??? hahaha...hmmm..ntah laa..

Tp sbnr nyer bkn itu yg nk dimuatkn dlm blog aq nih..Memandangkan skrg aq tgh cuti kt umh plus tgh gian nk tulis blog rse nyer aq nk tulis tntg family aq..Org kate, family itu menjadi keutamaan dan merupakan kebahagiaan serta kesempurnaan dlm hidup s'sorg..hurm, setelah direnung-renungkn..aq sgt laa SETUJU dgn kenyataan itu..hikhikhik...

Utk pengetahuan sume, aq dilahirkan dlm sebuah kluarga yg sgt bhagia dan kaya ngn ksh syg..Aq b'syukur sbb dikurniakn s'begini walaupun keluargaku hanyalah keluarga kecil yg t'diri drpd ayh, ibu, abg dan aq..Nk knl lg rapat ngn family aq, mari aq perkenalkn..Aq mulakn dlu dr ketua keluarga iaitu abh..

# mY beloved DaD


nme die Samsudin Bin Abd Hamid..dilahirkan pd 9 september 1959..b'kerja sbg Pembantu Kesihatan Awam di Majlis Perbandaran Muar..asal mmg dr muar..Abh s'org ayh yg baik, penyayang, mudah bawa bincang dan kdg kala s'org yg strict (klo ank2 die x dgr kata)..hmm, ramai yg kate abh s'org yg garang tgk dr riak wajah nyer tp pd aq yg dh jdi ank die slme 20 thun ni, itu hanyalah luaran..kerna bg aq, abh bkn la garang x b'tempat..kdg-kdg tu, ade gk bnde atau masalah yg aq share ngn abah..atas motor pun jadi ble nk b'cerita..hihi..anyway, aq tetap dan akan selalu syg kt abah..mmuuaahhh....

# mY beloved MoM


nme die Mazinah Bt Bonayan..dilahirkan pd 20 mac 1964..b'kerja sbg Guru Agama di Sekolah Agama Sg Raya Muar..asal dr bt pahat..s'org emak yg baik, penyayang, penyabar, dan b'dedikasi dlm mengajar..ngn mak, aq bnyk b'kongsi masalah sbb emak laa tmpt aq mengadu nasib..mak selalu ade dkt ngn aq, selalu bg kata-kata semangat utk aq..syyggg makk....mmuuaahh....ucapan yg selalu diutarakn kt aq smnjk usia ku 20 thun  dan buat aq rse malu adelah "adik dh ade pkwe?? mk x ksh, asalkan adik pndai jge maruah diri"..wow....!!! ape mkne sume tu??? hehe..nmpk nyer mak dh bg greenlight utk aq m'cari s'sorg..ape pun aq syyggg sgt-sgt kt mk..pd aq, mak laa di antara ibu-ibu TERBAIK di dunia...

# mY only bro


nme die Muhammad Radhi Bin Samsudin..dilahirkan pd 17 mei 1988..masih belajar dlm jurusan Science Computer Dessigner..s'org abg yg baik, penyayang, dan prihatin pd adik kesayangn die ni..hehe..hmm..syg ker??? satu bnde yg sukar utk difahami psl die ialah suke sgt simpan masalah sorg2..hurm, aq dh kenal n tau sgt..klo die diam, dduk jer dlm bilik msti ade masalah..aq ape lg..dgn kuasa yg ade pd aq, sbg adik kesayangan die, aq akan bantu seboleh yg mgkin..kdg-kdg kteorg ade gk share masalah ber-2..cm x cye jer kn abg ku bleh cte psl hati dan perasaan die kt aq...wow..hebat gk aq ni..hikikhik..bangge glerrr...klo korg nk tau lg, die ni jgk lah kwn gaduh aq kt umh..kdg-kdg psl bnde kck pun bleh jdi gaduh..tulah yg dinmekn adat adik beradik..ibarat air dicincang tidak akan putus..anywy, aq b'syukur sgt sbb ade s'org abg spt die yq aq pnggil along......

                                              mereka kesempurnaan + kebahagiaan aq
                                                        luv them sooo muchhh...

# cooper vS swift #

KERETA?????
Sebut jer psl kereta, mst mcm-mcm spekulasi yg kte akn dgr tntg nyer..Ckp je kereta jenis ape, gaye mane tentu nyer ia pasti ade di pasaran..Ade yg tempatan..antarabangsa..kecil..besar..murah..mahal..simple..sporty..elegance n mcm-mcm lg..

Aq p'caye, stiap org mst mempunyai kereta idaman masing-masing. Aq juga x t'kecuali dlm hal itu kerna aq turut mempunyai kereta idaman aq yg t'sendiri..Bkn 1 tp 2...hehehe....

Pd aq, kereta idaman aq biarlah yg b'sesuaian ngn aq..Hurm, ckp psl sesuai, sesuai ngn aq yg kck plus cute ni (uppsss, alamk!!!! t'perasan la pulakkkk.hehehe....) aq lbih prefer kereta yg b'saiz kck..Nk tau kereta ape yg aq maksudkn??? Jom kte tgk...

                                                                     mini cooper

                                                                      suzuki swift

Hah!!!! Inilah 2 buah kereta yg aq maksudkn..Mini Cooper n Suzuki Swift..Dua2 sama kck..sama sporty..sama padan dan x lupe sama mahal..hahaha..:)

Tapi, aq tau utk dapatkn salah satu kereta idaman aq ni bkn nyer sng kalo xde sesuatu yg amat penting selaen duit tp LESEN...sbb nyer buat mse skrg aq blum ade lesen m'mandu..huhuhu...(cte2 jer tggi tp lesen pun taraakkkkk) hehehe....

# pahit manis "2010" #

Hurm, klo dikira tggl bpe hari jer lg thun 2010 nk m'labuhkan tirai nye sblum thun 2011 menyusul..Setahun b'lalu..Dlm setahun ade 12 bulan..Dlm 12 bulan ade 360 hri..Selama hari itulah mcm2 telah b'laku dlm hidup aq..Ade yg pahit..ade yg manis..ade yg buat aq rse bhgia, gembira dan x kurang jga ade yg buat aq rse sdih gler..S'igt aq......!!!!

January
* start sem bru sem 4

February
* ade prblem ngn housmate (tp Tuhan tu Maha Adil, tunjuk mne yg btul, mne yg salah..thnks to God)
* wujud nyer Happy dlm hidup aq, si teddy bear yg lbih bsr dr aq..surprise dr s'sorg

                                                               ~ my beloved Happy ~
* kne pindah unit..dr B1215 ke B1216..(nsib baek dkt jer pindah nyer)

April
* dpt jmpe blk 2 org kwn baek aq wktu skolah kt SMSSI dlu, ela n mass lps hmpir 3 thun tgglkn zmn skola

                                                                     frendz 4ever....

May
* b'perang ngn notes utk final exam for da sem 4
* abs study utk 2 thun = 4 sem
* dftar kluar dr palm spring (kne b'pisah ngn kwn2)
* pegi bndr penawar..tmpt yg pling aq rindu lps hmpir 10 thun aq tinggalkn

June
* b'cuti ngn family ke pantai timur..dr Terengganu turun ker Cherating

                                                             kami at Terengganu..
* start b'praktkal kt Hospital Alor Gajah ngn echa,yaya n imah..

                                                                 at our pharmacy
* hang out ngn kwn2 prktkal..pg air kolam panas gadik..zoo melaka..n sekitar melaka

                                                             rendam kaki jerkkk???
                                                                   hahahaha...

                                                          zoo melaka...hoooreyyy...

August
* hadiri mjlis b'buka puasa kt Masjit Terapung Melaka ngn b'brapa staf hsptl

                                                 pemandangan masjid di wktu mlm..
                                                          cantekkkk kannn...???
September
* preparation for da Eid

October
* sedih abah sakit..msuk hsptl..dan si die kecelakaan

December
* b'cuti ngn family ke Cameron Highlands

                                                            aq kt ladang stawbery...

                                                                    nmpk lazat..
                                                               yummy..yummy..

* dpt mini laptop dr mk ngn abh...tq..
* mC 2 mggu akibat demam campak

Hurm,s'igt aq inilah antara perkara2 yg b'laku dlm hidup aq utk tahun 2010..Semoga ia sntiasa segar dlm igtn ku spnjg hayat..Utk yg positif, trime ksh bnyk2 dan buat aq rse b'syukur..Bg yg negatif, aq x kn lupa krna ia mngajar aq erti hidup dan buat aq rse lbih dewasa serta b'pngalaman..

Aq harap dgn kehadiran tahun baru yg tggl b'brape hari jer lg, smoga hidup ku sentiasa dirahmati, dilimpahi kurnia dan sentisa gembira di samping insan-insan t'sayang...mmuaaahhhh.............

# rnDu kWn-kWn #

Hyte...nth kpe ttbe rse rndu gler ngn kwn2 sume..kwn2 wkt study phrmacy..rndu ngn suara nyaring cik piah n alysha, rndu suara buat2 sengau mk tie, rndu suara yg lmbut lg slow syidah, rndu suara gelak tawa izzah..rndu ngn p'kataan 'senior' shimah..rndu ngn loghat kedah adik kck kami anis..hurm, klo korg nk tau ni lah sume kwn2 m'rngkap ex-housmate aq wkt study dlu..

Ape kabar dieorg agk nye skrg ni kn??? mst dieorg tgh sbuk prktkal plus buat project same mcm aq..huhu..Setakat call, msj, on9 fb..sume tu x sme mcm jmpe face to face...aih,x sbr rse nyer nk jmpe diorg after 10 month prctcal ni..

Rndu sgt for da sweet moment with them..Rndu nk g kolej, tggu bas Dataran Pintar sme2..Rndu ngn Kik Kok tyme..Rndu nk buat kje gler ngn korg ( tgk wayang mlm2 )..Rndu nk hang out ngn dieorg..Rndu nk snap gmbr buat collection ngn dieorg..Rndu sgt2....:-)


                                                           da super crazy ex-housmate

                                                                         inilah kami....
                                                nk pg kolej pun sempat lg snap gmbg pagi2..



                                                                   with alysha..:)

                                                                
                                                                  with syidah..:)


                                                                 
                                                                   with izzatie..:)

                                                                 
                                                                     with sofya..:)


                                                                  with izzah..:)


                                                                    with shimah..:)


                                                                with anis..:)




                                                                     
                                                                     

# mC lagihh #

Hurm,t'igt smlm wktu abh ngn mak bwk aq g hspital jmpe dktr.Mcm biase,aq g daftar..Tggu pnye tggu t'tbe calling "NUR RADHIYAH"..aq pun dgn slmbe nye msuk dan jmpe dktr..

dktr : hye,slmt tghri..ape mslh awk??
raDh : dmm cmpk
dktr : dh lme kne??
raDh : dkt smggu..tp still x ok lg
dktr : dh smggu, bru skrg nk jmpe dktr??
raDh : bkn...aritu dh jmpe dktr tp x ok lg
dktr : awk tau kn, mslh mcm ni biase nye xde ubat yg saintifik?? tp aritu ade dpt pape x??
raDh : ( angguk tanda m'iyakan ) hurm,piriton n calamine
dktr : ok...klo mcm tu sy x pyh la bg awk pape k..awk just truskan ngn piriton n calamine tu..so arini awk dtg utk???
raDh : ( aih, dktr ni klo org dtg hsptl tu utk ape jer??? sabo jelah...lg mau tnye )
nurse : nk smbung mC ke dik???
dktr : ok..sy bg awk smbung cuti utk lg smggu..awk study lg @ dh b'krja???
raDh : mC lagi??? hurm,tgh prktkal kt hsptl alor gjh
dktr : as a??
raDh : pharmacy
dktr : ( smbil t'snyum, m'nulis smthing ) mcm tu sy bg awk ubt sbb nnt org kate sy x bg awk pape plk..
raDh : ( dlm hti b'kate, td x nk bg pape tp skrg????? )
dktr : ok..ni awk pnye surat sakit dan ini awk pnye slip ubt..awk bleh dptkan kt pharmacy..
raDh : ok..terima ksh bnyk dktr..
dktr : same2

Ble aq kluar,aq trus g pharmacy utk amk ubt..Mcm nk t'gelak pun ade ble igt psl dktr tu td..Nk tau ape yg dktr prescribe utk aq??? jom kte tgk

                                                                 calamine lotion
                                                                     piriton
                                                                       pcm

                                                        ni surat mC utk mggu first
                                                            dpt dr klinik swsta

                                                          ni plk surat mC utk mggu ke-2
                                                                     dpt dr hsptl
                   

Saturday, December 25, 2010

# ramBuT oH ramBuT #

Rambut adalah mahkota bg wanita.Namun setiap wanita pasti ada mempunyai masalah t'sndri tntn rambut masing-masing..
  • masalah rambut gugur
  • masalah rambut mudah kusut
  • masalah rambut nipis
  • masalah rambut kelemumur
  • dan mcm-mcm lg la masalah rambut
Kali ini sy nk b'kongi ngn korg sume tntg penjagaan rambut secara tradisional.Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan.Namun masalah yg sering dihadapi dlm mengamalkan petua menjaga rambut secara tradisional adalah cara utk mendapatkan bahan-bahan mentah nya.Oleh itu,ramai di kalangan kita menganbil langkah mudah dgn membuat treatment secara moden..beli aje di watson @ gurdian.

1. Petua Mengelakkan Rambut Gugur
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.Daun bunga raya juga bertindak melembutkan rambut
dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sbg perapi rambut.


                                                                       Bunga raya


                                                                     Lidah Buaya

2. Petua Masalah Rambut Kering
Rawatan minyak panas tentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan  minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari.Kemuadian tekupkan kepala  dengan tuala yang diwapkan (ala-ala stim lah ni). Biarkan selama 20 minit dan bersihkan.

3. Petua Masalah Rambut Berminyak
Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah seperti biasa.

4. Petua Menghitamkan Rambut
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya.Lumurkan pada kepala selama10 minit dan  bersihkanya.

                                     OK !!!! SELAMAT MECUBA YE....

Setiap org perlu menjaga rambut masing-masing dgn baek agr rambut sentiasa cantik, lembut dan bersinar.Namun, adakah cara penjagaan rambut itu betul atau ada tabiat-tabiat yg sering dilakukan yg boleh menyebabkan kerosakan pd rambut?? Korg nk tau apakah kesilapan yg dimaksudkan itu?? Di bawah adalah di antara kesilapan yg sering dilakukan pd rambut :

1. Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari
Rambut akan kelihatan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala anda menyentuh hujung rambut. Kerana itu lah kebanyakkan pakar rambut menyarankan untuk agar mencuci rambut 2 -3 hari sekali.Sebab yg lain pula adalah kerana rambut akan hilang kelembapan akibat kerap kali dicuci.

 2. Dawaan Bahawa Menyikat Rambut Membuatkan Ia Bersinar
Memang benar.. Namun hanya dengan beberapa kali sikatan sahaja supaya dapat membentuk rambut dan menyegarkan minyak semulajadi dari akar hingga hujung rambut.Jika rambut anda di sikat berlebihan pula akan meyebabkan kerosakkan rambut dan rambut mudah patah.

3. Sering Mengikat Rambut Di Tempat Yang Sama
Tidak salah mengikat rambut namun cubalah ubah tempat ikatan rambut anda dan menggunakan pengikat yang elastik dan tidak mnyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu penjagaan rambut yang baik juga, adalah dgn melonggarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus.

4. Mengikat Rambut Menggunakan Gelang Getah
Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak kerana inilah penyebab utama rambut mudah terputus!!!!

5. Tidak Menjaga Kulit Kepala
Jangan hanya mengambil berat kepada rambut anda sahaja kerana kulit kepala juga penting diberi perhatian.Urut lembut kulit kepala anda untuk kelancaran peredaran darah. Boleh juga menggunakan serum khusus untuk kulit kepala.Kulit kepala yg sihat membawa kpd rambut yg sihat.

6. Menggunakan Pelurus Rambut Ketika Rambut Basah @ Blow Dry
Blow dry atau pelurus rambut sepatutnya di gunakan pada rambut yang lembab sahaja. Blow dry sepatutnya hanya mengambil masa selama 20 minit dan dengan suhu yang bersesuaian supaya rambut tidak terlalu lama terdedah kepada kepanasan melampau.

 7. Menggunakan Sikat Yang Tidak Bersesuaian
Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut anda. Silap-silap boleh mematahkan rambut sahaja.Lebih panjang rambut lebih diameter sikat yg perlu digunakan.Bagi mencipta volume gunakan sikat bundar dan gunakan sikat biasa untuk rambut lembut.

8. Menutup Kelemumur Bukan Merawat Kelemumur
Menggunakan pelembab seperti minyak rambut dan gel bukanlah jalan penyelesaian menutup kelemumur. Kelemumur adalah penyakit radang kulit kepala yang tidak berhubung kaitnya dengan kekeringan. Cara rawatannya adalah dgn menggunakan syampu yg mengandungi bahan spt salysilic acid, zinc, salendium sulphate dan tar yg boleh mengurangkan kelemumur.


                                                         INGAT YEE...!!!!

Friday, December 24, 2010

# heLLo kiTTy #


Nk tau ape cte di sabalik heLLo kiTTy???sbg s'org yg mint pd heLLo kiTTy arini aq nk share something about it..

heLLo kiTTy adalah sejenis alat p'mainan patung ank kucing yg b'asal dr negara Jepun dan t'knl di dunia.heLLo kiTTy adalah satu dari watak fiksyen yg dihasilkan oleh Syarikat Sanrio dan merupakan watak yg paling popular di antara watak miik syarikat tersebut.Watak tersebut adalah kucing putih bercirikan bow atau hiasan lain pd telinga kiri serta tanpa mulut.

heLLo kiTTy pd asal nya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pd thun 1974 sblum beliau meninggalkan syarikat itu kira-kira setahun kemudian.Pereka yg kedua,Setsuko Yonekobo mengambil alih selama 5 thun sehingga 1980 sebelum diserahkan kpd Yuko Yamaguchi yg menjawatnya sehingga kini.

Watak heLLo kiTTy asalnya muncul sbg brg tarikan bg gadis muda dlm bentuk aksesori spt dompet dan banyak lg.heLLo kiTTy diberi nama Inggeris kerana budaya British adalah popular dgn gadis-gadis Jepun pd waktu penciptaannya.

Dunia fiksyen heLLo kiTTy lengkap dlm satu kelompok kumpulan kwn-kwn dan ahli keluarga.Malah pd 2004,heLLo kiTTy mempunyai seekor binatang peliharaan iaitu kucing yg diberi nama Charmmy Kitty dan seekor hamster yg dipanggil sbg Sugar.Charmmy menyerupai heLLo kiTTy tetapi lbih bercirikan kucing dan diberikan kpd heLLo kiTTy oleh bapanya,George White.Manakala Sugar diberi oleh teman lelakinya,Dear Daniel..


Hah,skrg dh tau kn serba sdikit tntg heLLo kiTTy?? hurm,sbb tulah sape yg dh knl rapat ngn aq akn tau ibarat x sah klo aq tanpa heLLo kiTTy..hehe..:) Kdg2 ade yg b'tnye knpe aq minat pd heLlo kiTTy sdgkan aq s'org yg tkut dan geli pd kucing..tp hakikat nyer itulah aq..Aq sndri x tau cm mne aq bleh minat pd heLLo kiTTy.S'igt aq mmg dr kck aq dh mula meminati nyer..Bleh dikatekan kebanyakan brg milik aq b'asaskan heLLo kiTTy.Klo korg x p'cye,jom aq tunjukkan sbahagian drpd nyer:

                                      katil aq wkt kt hostel..cantekk kannnn??

         meja study aq yg sarat ngn p'hiasan heLLo kiTTy..
       hurm,klo fkir bleh study ker mcm ni???
       ahh!!! lantak laa meja aq..

                                                  eyh,dlm locker pun ade..hehe..
                                                      kemas + t'susun = rapi
                                                           (perasan glerrr)

Korg dh tgk kn sbahagian drpd nyer?? So,lps ni klo ade yg tnye aq lg knpe aq minat pd heLLo kiTTy,aq akn jwb suke ati laa nk minat ape pun kerna minat itu milik setiap insan..Ahakksss.....jgn mare...hehe..

Thursday, December 23, 2010

# start b'jinak-jinak #

hyte sume....

hah,inilah aq klo tgh bosn..b4 dis aq rjin luah kn isi hti kt dlm diary aq yg sgt cute..tu dlu wktu aq zmn bljr..lgpun diary tu dh pnuh ngn muatan sgle isi hati aq..tp skrg aq dh advnce ckt..sbb tulah aq cipta blog ni..hehe..

hurm,for da strting ape yg aq nk tlis eak???

actully,utk pngtahuan korg sume,aq just simple person..sape yg dh knl aq tau la yg mcm mne.tp ade gk yg kate aq ni sorg yg garang..garang ker?????hahahaha.....plik btul..hurm,aq x bleh nk m'nafikan nye sbb tu pndgn org pd aq..nk x nk aq kne trime sume tu..

huh.nk tlis pnjg2 aq xtau nk tlis ape utk mse ni..tp for da nxt tyme mybe lg bnyk yg bleh aq tlis kn..daaa....:)