Saturday, December 25, 2010

# ramBuT oH ramBuT #

Rambut adalah mahkota bg wanita.Namun setiap wanita pasti ada mempunyai masalah t'sndri tntn rambut masing-masing..
  • masalah rambut gugur
  • masalah rambut mudah kusut
  • masalah rambut nipis
  • masalah rambut kelemumur
  • dan mcm-mcm lg la masalah rambut
Kali ini sy nk b'kongi ngn korg sume tntg penjagaan rambut secara tradisional.Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan.Namun masalah yg sering dihadapi dlm mengamalkan petua menjaga rambut secara tradisional adalah cara utk mendapatkan bahan-bahan mentah nya.Oleh itu,ramai di kalangan kita menganbil langkah mudah dgn membuat treatment secara moden..beli aje di watson @ gurdian.

1. Petua Mengelakkan Rambut Gugur
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.Daun bunga raya juga bertindak melembutkan rambut
dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sbg perapi rambut.


                                                                       Bunga raya


                                                                     Lidah Buaya

2. Petua Masalah Rambut Kering
Rawatan minyak panas tentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan  minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari.Kemuadian tekupkan kepala  dengan tuala yang diwapkan (ala-ala stim lah ni). Biarkan selama 20 minit dan bersihkan.

3. Petua Masalah Rambut Berminyak
Campurkan syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah seperti biasa.

4. Petua Menghitamkan Rambut
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya.Lumurkan pada kepala selama10 minit dan  bersihkanya.

                                     OK !!!! SELAMAT MECUBA YE....

Setiap org perlu menjaga rambut masing-masing dgn baek agr rambut sentiasa cantik, lembut dan bersinar.Namun, adakah cara penjagaan rambut itu betul atau ada tabiat-tabiat yg sering dilakukan yg boleh menyebabkan kerosakan pd rambut?? Korg nk tau apakah kesilapan yg dimaksudkan itu?? Di bawah adalah di antara kesilapan yg sering dilakukan pd rambut :

1. Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari
Rambut akan kelihatan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala anda menyentuh hujung rambut. Kerana itu lah kebanyakkan pakar rambut menyarankan untuk agar mencuci rambut 2 -3 hari sekali.Sebab yg lain pula adalah kerana rambut akan hilang kelembapan akibat kerap kali dicuci.

 2. Dawaan Bahawa Menyikat Rambut Membuatkan Ia Bersinar
Memang benar.. Namun hanya dengan beberapa kali sikatan sahaja supaya dapat membentuk rambut dan menyegarkan minyak semulajadi dari akar hingga hujung rambut.Jika rambut anda di sikat berlebihan pula akan meyebabkan kerosakkan rambut dan rambut mudah patah.

3. Sering Mengikat Rambut Di Tempat Yang Sama
Tidak salah mengikat rambut namun cubalah ubah tempat ikatan rambut anda dan menggunakan pengikat yang elastik dan tidak mnyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu penjagaan rambut yang baik juga, adalah dgn melonggarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus.

4. Mengikat Rambut Menggunakan Gelang Getah
Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak kerana inilah penyebab utama rambut mudah terputus!!!!

5. Tidak Menjaga Kulit Kepala
Jangan hanya mengambil berat kepada rambut anda sahaja kerana kulit kepala juga penting diberi perhatian.Urut lembut kulit kepala anda untuk kelancaran peredaran darah. Boleh juga menggunakan serum khusus untuk kulit kepala.Kulit kepala yg sihat membawa kpd rambut yg sihat.

6. Menggunakan Pelurus Rambut Ketika Rambut Basah @ Blow Dry
Blow dry atau pelurus rambut sepatutnya di gunakan pada rambut yang lembab sahaja. Blow dry sepatutnya hanya mengambil masa selama 20 minit dan dengan suhu yang bersesuaian supaya rambut tidak terlalu lama terdedah kepada kepanasan melampau.

 7. Menggunakan Sikat Yang Tidak Bersesuaian
Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut anda. Silap-silap boleh mematahkan rambut sahaja.Lebih panjang rambut lebih diameter sikat yg perlu digunakan.Bagi mencipta volume gunakan sikat bundar dan gunakan sikat biasa untuk rambut lembut.

8. Menutup Kelemumur Bukan Merawat Kelemumur
Menggunakan pelembab seperti minyak rambut dan gel bukanlah jalan penyelesaian menutup kelemumur. Kelemumur adalah penyakit radang kulit kepala yang tidak berhubung kaitnya dengan kekeringan. Cara rawatannya adalah dgn menggunakan syampu yg mengandungi bahan spt salysilic acid, zinc, salendium sulphate dan tar yg boleh mengurangkan kelemumur.


                                                         INGAT YEE...!!!!

No comments:

Post a Comment